Monday, October 24, 2016

Kemahiran Belajar 5 Domain


KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN
satu produk kajian dari kami:
cr ab aziz mohd yatim, cr pm dr jazimin, cr. dr. mohd noor saper, 
cr tn hj taqudin
 universiti pendidikan sultan idris



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN adalah satu modul dalam Prodigy bagi membantu pelajar dan guru dalam usaha meningkatkan akademik pelajar. Kumpulan Penyelidik Prodigy telah mendapat geran berjumlah RM180,000,00 dalam memberi latihan kepada guru bimbingan dan kaunseling dan pelajar berpencapaian bagi daerah Port Dickson selama dua tahun untuk tahun 2016 dan 2017. Kami be ingin memperluaskan lagi aktiviti latihan ini di mana kami bercadang untuk membuka laluan kepada masyarakat umum terutamanya ibubapa. Ini agar mereka boleh membantu anak mereka dalam menangani masalah akademik di rumah tanpa menunggu guru di sekolah untuk mengadakan kemahiran belajar.  Di bawah ini, saya telah memuatnaik elemen-elemen yang terkandung dalam KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN.


Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 01

APAKAH KEISTIMEWAANNYA?
Ramai bertanya apakah keistimewaan dan kelebihan Kemahiran Belajar 5 Domain? Kami menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh digunakan untuk apa-apa permasalahan dalam menghadapi pdp. Antara lain KB5D mampu membantu pelajar menyelesaikan masalah seperti:
i. Memberi fokus yang `tajam' dalam waktu menjalani pdp.
ii. Mampu belajar dalam keadaan bising dan mengingat dengan lebih cepat.
iii.Tidak takut melihat apa-apa masalah yg berdepan dengan pembelajaran.
    Contohnya terlalu banyak bahan yang perlu dibaca.
iv. Mampu untuk belajar dan bertahan selama lebih daripada 3 jam berterusan
    dengan fokus yang tinggi.
v. Seronok dan tidak jemu berhadapan dengan masalah belajar.
Lihat video di bawah ini. Satu contoh belajar dalam keadaan bising dan dapat mengingati dalam masa tak sampai 3 minit. Ingatannya itu kekal lama. Betul kan?

video


Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 02

SESUAIKAH UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH???
Ramai bertanya apakah keistimewaan dan kelebihan Kemahiran Belajar 5 Domain? Kami menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh digunakan untuk apa-apa permasalahan dalam menghadapi pdp. Antara lain KB5D mampu membantu pelajar menyelesaikan masalah seperti :

i. Memberi fokus yang `tajam' dalam waktu menjalani pdp.
ii. Mampu belajar dalam keadaan bising dan mengingat dengan lebih cepat.
iii.Tidak takut melihat apa-apa masalah yg berdepan dengan pembelajaran. 
    Contohnya terlalu banyak bahan yang perlu dibaca.
iv. Mampu untuk belajar dan bertahan selama lebih daripada 3 jam berterusan 
    dengan fokus yang tinggi.
v. Seronok dan tidak jemu berhadapan dengan masalah belajar.


Lihat video di bawah ini. Pelajar sekolah rendah pun dapat menguasai kemahiran menandingi pelajar sekolah menengah. Satu contoh belajar dalam keadaan bising dan dapat mengingati dalam masa tak sampai 3 minit. Ingatannya itu kekal lama. Betul kan? 
video


Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 03

SESUAIKAH UNTUK PELAJAR OKU (ORANG KURANG UPAYA)??? Sila Lihat Video Di Bawah
Ramai bertanya apakah keistimewaan dan kelebihan Kemahiran Belajar 5 Domain? Kami menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh digunakan untuk apa-apa permasalahan dalam menghadapi pdp. Antara lain KB5D mampu membantu pelajar menyelesaikan masalah seperti:
i. Memberi fokus yang `tajam' dalam waktu menjalani pdp.
ii. Mampu belajar dalam keadaan bising dan mengingat dengan lebih cepat.
iii.Tidak takut melihat apa-apa masalah yang berdepan dengan pembelajaran.
Contohnya terlalu banyak bahan yang perlu dibaca.
iv. Mampu untuk belajar dan bertahan selama lebih daripada 3 jam berterusan dengan fokus yang tinggi.
v. Seronok dan tidak jemu berhadapan dengan masalah belajar.
Lihat video di bawah ini. Pelajar sekolah rendahpun dapat menguasai kemahiran menandingi pelajar sekolah menengah. Satu contoh belajar dalam keadaan bising dan dapat mengingati dalam masa tak sampai 3 minit. Ingatannya itu kekal lama.

 


Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 04

ONE TO ONE COACHING ADALAH TERBAIK
Ok saya sambung balik kuliah kita. Kebanyakan guru mengadakan Kemahiran Belajar secara pukal iaitu dengan mengumpulkan semua pelajar seramai yang boleh dan memberi ceramah tersebut. Bolehkah event Kemahiran Belajar ini dijadikan satu proses untuk mengatasi masalah disiplin? Bertahun-tahun telah saya lakukannya. Seorang pelajar yang dikatakan bermasalah selalunya tiada peranan dan tugasan untuk dia mainkan di sekolah. Dia menjadi seorang yang `nobody'. Bolehkah kita sebagai guru kaunseling menjadikan pelajar-pelajar seperti ini `somebody'? Self Esteem mereka rendah dan jika dapat ditingkatkan mereka akan menghargai diri mereka dan peluang yang diberi. Kita tahu banyak dah kajian tentang ini, tetapi kita alpa dan tidak menyediakan pentas untuk pelajar seperti ini. Saya selalu beri sesuatu yang istimewa kepada golongan ini dahulu. Bila mereka mendapat sesuatu yang rakan mereka belum dapat mereka rasa bangga. Jika saya tanya mereka nak tak mereka bantu saya dengan menjadi trainers saya? Dari situ mereka menunjukkan minat dan keghairahan untuk berubah. Merekapun dilatih dan secara tak langsung merekapun hendak mulakan perubahan dalam hidup mereka. Kesemua guru harus faham untuk mengubah pelajar seperti ini bukan sekelip mata atau setakat bertanya `awak ni bila nak berubah?'. Perlu wujudkan pelbagai event dan mereka akan pelan-pelan berubah. Banyak `trick' yang kita perlu ajar kepada mereka agar mereka ghairah untuk ajar rakan-rakan mereka. Contohnya seperti di bawah:-

Gambar yang ditunjukkan adalah satu gambar rajah litar elektronik yang mana pelajar universiti pun amat sukar untuk menghafalnya. Apabila peperiksaan akhir semester hanya 10-15 pelajar sahaja yang dapat menjawab dengan betul daripada 60 orang pelajar. Bila pelajar bermasalah dapat mengingat dalam masa 3 minit dan ingatan itu kekal walaupun dalam keadaan bising, maka sebenarnya kita dah bina satu kepercayaan pada dirinya bahawa mereka tidaklah `bodoh'. Perlahan-lahan kita angkat mereka kepada menjadi pelajar yang berguna dan berperanan di sekolah. InsyaAllah mereka akan membantu kita walau apapun yang kita minta. Masalahnya, dengan kita, mereka boleh `behave' dengan baik, tetapi disebabkan perkara tertentu mereka tidak dapat melakukan perkara yang sama kepada setengah-setengah guru lain. Kenapa ek?




video


Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 05

Pelajar juga akan diajar bagaimana memberi fokus yang tajam agar dapat mengurung kognitif dan affektif supaya tidak merayau-rayau. Kita selalu ada masalah bila mula belajar saja, mulalah menghadapai masalah bagaimana hendak memberi fokus. Mungkin boleh mungkn juga tidak. Selalunya pelajar hanya boleh memberi tumpuan untuk beberapa minit sahaja, selepas itu mulalah kognitif mereka melayang entah ke mana. Mereka dapat lihat emak mereka sedang menyapu sampah, makanan di ats meja, katil empuk untuk mereka tidur... juga perasaan yang melayang jauh... oh rinduuuuu.. marah, benci, menyampah, meluat, dendam dan sakit hati. Soalnya bagaimana hendak mengajar dan menunjukkan kepada pelajar kita supaya mereka dapat mengurung kuncikan perasaan dan kognitif supaya terkurung dan tidak terbang bebas? Akhirnya mereka dapat memberi tumpuan yang tajam untuk beberapa jam. Lihat video di bawah ini sambil hayati lagu tersebut :)
PRODIGY ~ Lead to Inspire.

video


Kemahiran Belajar 5 Domain dan Pelajar OKU : Kuliah 06

Bila seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu seperti di bawah dapat melakukan seperti pelajar normal yang lain, ini membawa maksud bahawa kaedah KB5D sesuai untuk berbagai golongan dan keupayaan. Jika seorang guru dapat kemahiran mengendalikan KB5D, dia dengan mudah akan dapat melakukannya di dalam bilik darjah bila-bila masa. Pelajar tidak akan mencari alasan bahawa mereka sukar mengikuti pelajaran atau tak boleh ingat fakta dan berbagai alasan lagi. Pelajar juga akan lebih bermotivasi kerana kaedah yang telah anda tunjukkan boleh diapplikasikan kepada semua perkara berkaitan `how to' belajar dengan lebih efektif. Peta, rajah, teknikal imej, flow chart, formula yang sukar tidak lagi menjadi masalah kepada pelajar kita jika mereka diajar kaedah ini.




video



Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 07
Sepanjang ceramah kepada anak istimewa ini, saya dibantu oleh guru kaunseling yang menjadi translator. Katanya sepanjang mereka bersekolah tiada seorangpun motivator datang untuk memberi motivasi kepada mereka. Apa yang beliau lihat ialah kesungguhan anak-anak istimewa ini menjalani sesi bersama saya. Saya teringatkan pelajar sekolah yang tidak mendapat sentuhan mana-mana kaunselor dan motivator terutama pelajar kelas belakang-belakang yang tidak mendapat peluang untuk disentuh hati mereka.
Aktiviti di bawah menunjukkan bagaimana belajar secara sinergi menjadikan mereka bertenaga dan tidak letih serta lebih fokus. Mereka akan faham konsep belajar berseorangan dan belajar secara berkumpulan memberi pulangan yang berbeza terutama dari segi keseronokan, pertukaran ide, bersosial, mendengar suara orang lain, menyampaikan pendapat kepada orang lain dan banyak lagi yang membentuk peribadi mereka untuk bekerjasama dan bertolak ansur sesama mereka. Kita perlu menunjukkan cara-cara belajar secara study group, bukan hanya mencadangkan untuk mereka membentuk satu pasukan study group. Kita perlu tunjukkan cara demonstrasi yang sebenar dan mereka mengalami pengalaman dengan kita dan akhirnya mereka dapat melakukannya sendiri tanpa kita perlu bersama mereka setiap masa.


video



Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 08

Sedar tak sedar dah masuk kuliah yang ke 8 tentang KB5D.. post yang lalu saya telah menunjukkan beberapa video klip yang saya ambil semasa menjalankan sesi kemahiran belajar bersama pelajar istimewa. Apakah kesan kepada mereka ya? Rupanya semua teknik yang pelajar normal boleh buat mereka juga boleh aplikasikan dalam cara mereka belajar. Jika saya dapat tunjukkan kesan kepada golongan ini sangat positif dan praktikal, maka ianya tidak boleh ditolak langsung, wajib kita beri pada pelajar normal walaupun ianya kita golongkan dalam golongan galus (gagal lulus), halus (harapan lulus) dan juga taklus (takkan lulus), maaf masih digunaka pakai kah istilah ini? Apapun yang penting kita sebagai guru bimbingan dan kaunseling perlu mencari dan mencari cara yang terbaik dan di luar kotak untuk diperkenalkan kepada pelajar kita. Tolonglah jangan asyik menyuruh budak belajar belajar belajar tapi tak tunjukkan cara dan bagaimana.
Contohnya kita suruh pelajar fokus, bila pelajar tanya bagaimana nak fokus cikgu, kita akan jawab fokus la .. fokusss itu pun tak tau??? jerkah kita.. Ada berbagai cara untuk fokus, contohnya saya ambil satu situasi. Seorang pelajar yang mempunyai masalah dengan rakannya hinggakan tidak mahu langsung membayangkan wajah kawannya itu kerana terlalu sakit bila mukanya muncul. Selalunya apabila kita ingin melupakan sesuatu, ia akan datang lebih kerap menjenguk muka kita dalam bayangan.
Cuba ambil kaedah ini, sila bayangkan dua barang meja dan kerusi. Bayangkan meja, meja, meja, meja... dalam proses itu jika wajah rakannya ingin mucul terus bayangkan kerusi, kerusi, kerusi.. percayalah wajah rakan yang dia tak suka itu akan menghilang. Apabila wajahnya datang semula tukar semula kepada meja, meja, meja dan seterusnya. Buatlah sampai dia tak datang langsung.
Teknik ini juga boleh dilakukan sekiranya kita stress dan ingin turunkan stress kita. Meja dan kerusi adalah contoh sahaja, anda juga boleh tukar kepada warna merah dan hijau, atau tukarkan kepada Allah dan Muhammad, kan lebih bagus? Allah, Allah, Allah... bila benda tu nak datang sahaja tukar kepada Muhammad, Muhammad, Muhammad.. cubalah.. Apapun dengarlah pandangan anak istimewa di bawah ini. Perhatikan riak wajah anak ini.. sangat mengharap.. Kredit kepada anak didik saya yang belajar sendiri sign language hingga beliau mahir walaupun tidak diajarkan di universiti dulu. Anda hebat. Saya kagum. PRODIGY: Lead to Inspire :).


video


Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 09

Pelajar kita takut untuk menghadapi oral atau essay writing bolehlah kita meringankan beban mereka dengan menggunakan kaedah di bawah. Belajar secara sinergy boleh membuatkan pelajar rasa mudah untuk mengingatkan sesuatu, contoh ayat di bawah ini. Pernah saya cuba meletakkan pelajar yang tidak pernah menghafal satu baris ayat pun tetapi berjaya melafazkan ayat di bawah tanpa melihat dalam masa 3 minit sahaja. Dalam penulisan essay jika pelajar kita dapat memasukkan beberapa ayat yang bombastic dalam essay mereka akan menjadikan essay mereka luar biasa. Contoh dengan meletakkan perkataan anachronistic, amorphous, amenable, alacrity, aggrandize, archetypal dan sebagainya dalam essay mereka akan menjadikan essay mereka mempunyai kesan wow.. hehe agak-agakla perkataan apa yang hendak dimasukkan, jika terlalu bombastic pemeriksa pun akan pening dan akan mempertikaikan pula. Apapun yang penting pelajar dapat dibantu dengan menjadikan mereka lebih yakin dalam menghadapi dunia akademik mereka. Video di bawah pelajar `orang kelainan upaya' menjalani sesi pembelajaran dengan menggunakan kaedah sinergi. 


video


Kemahiran Belajar 5 Domain : Kuliah 10 

Ke manakah kita nak bawa pelajar yang kita telah beri kemahiran belajar tu? Matlamat akhir saya adalah untuk menjadikan peserta kursus tidak takut langsung dengan apa saja permasalahan pembelajaran yang mereka hadapi. Mereka seperti sedang berperang dengan permasalahan pembelajaran tersebut. Jika mereka tidak dapat menguasai maknanya mereka kalah. Mereka akan mencari jalan dengan skills yang mereka perolehi daripada program untuk mengatasi permasalahan tersebut.

Akhirnya mereka boleh buat seperti di bawah ini. Nasib baik white board kecil jika tidak lebih banyak information yang mereka akan coretkan. Yang penting apabila mereka study mereka betul-betul study dalam bentuk menelaah, menaakul bukan sekadar membaca dan tak kisah soal bising atau gangguan luar. Ajar mereka bagaimana nak fokus hingga mereka tak ingat apa pun selain belajar.. bagaimana nak.mengurangkan kognitif yang sentiasa nak merayau dan perasaan yang sentiasa melayang-layang. Jom ajar pelajar kita bagaimana cara utk menaakul. Masuk simpan dan keluarkan semula. Jom train student kita agar mereka boleh train rakan mereka yang lain. Jom bebaskan mereka dari ketakutan berdepan dengan masalah akademik. Bebaskan mereka merdekakan mereka !

video